Monday, June 8, 2009

Ziarah Makcik Siti ..6 June 2009


"Kak Long, Mama ajak gi kenduri kat Warung Merdeka kul 1 nanti "..Eddy datang bawa pesan mamanya..

Masa kat kenduri tu aku lihat Suzaidah, dah lama tak nampak dia..

pastu mamata ku terpandang sorang budak ni..ex student aku..dah besar panjang dah..misai pun dah ada.. hmmm.. i am getting older rupanya..

nasi tomato, kari daging, ayam merah dan gulai nenas ikan masin..sedap gak :)

masa nak balik. singgah rumah makcik Siti..dia masih dalam rawatan kerana sakit kanser rahim..

Lihat pada wajahnya..sama seperti dulu..Makcik Siti yang sangat peramah, cakap pun jelas dan terang seperti orang yang berpelajaran tinggi..Kini, keaadaannya makin lemah..tak selera nak makan..hanya mampu terbaring dan bangun sekali sekala..

Lama gak aku berbual dengannya..sekali sekali ia mengeluarkan kata yang sangat bermakna umpanya...

"Budak budak sekarang, kita ajar elok pun..dia jadi tak elok"..dalam maksud nye tu..

" kalau dah tak mahu tu, macam macam la alasan"..

..dan dia mengingatkan..kita ni bila bila masa je Allah akan ambil nyawa, tidak kira sihat ataupun sakit...

No comments: