Thursday, April 14, 2011

Begitu Romantis Rasulullah SAW

..sebuah buku yang menyingkap hikmah disebalik perkahwinan Rasulullah, manusia agung..
..antara hikmah tidak ada anak lelaki Rasulullullah yang boleh bertahan hidup hingga dewasa dan melahirkan keturunan adalah bahawa Allah tidak mengkehendaki anak lelaki baginda diangkat menjadi pewaris kepimpinan yang baik di bidang agama mahupun dalam urusan masyarakat. Boleh dipastikan, jika ada antara keturunan anak lelaki baginda yang hidup, tentu akan diangkat menjadi pemimpin setelah baginda wafat..

..ada kekhuatiran, apabila diangkatnya keturunan baginda sebagai pemimpin seterusnya menjadikan individu taksub dan terlalu memuja. Walaupun dengan tidak ada keturunan anak lelaku dari keturunan baginda, sudah terjadi pendewaan. Banyak pihak yang mengaku atau mengaku dirinya sebagai "habib atau habaib" dan dianggap sebagai keturunan baginda. Mereka merasa lebih utama dari yang lain dan harus dihormati oleh sesiapapun.

..Bayangkan seandainya keturunan anak lelaki dari Nabi Muhammad SAW memang wujud, pasti akan didewakan dan diangkat sebagai pemimpin. Akibatnya, kepimpinan tidak lagi berdasarkan kemampuan dan ketakwaan tapi kerana keturunan...

Jawapan yang merungkai segala persoalan diriku apabila mememirkan ..kenapa tiada penyambung keturunan Rasullullah... :)

Saturday, February 12, 2011

Hijrah lagi

Ustaz Hasrizal :

..hijrah : Percaya dan Menang
Pengertian yang berbeza antara keperluan dan kemahuan..

..apa yang kita mahu tidak bermakna kita memerlukannya.. Allah maha Mengetahui apa yang kita perlukan..apa yang diberikan..adalah apa yang kita perlukan..kerana kasihNYA pada kita..
Walaupun serba kekurangan ..akan ku harungi jua kehidupan dalam hijrah ku ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan..aku percaya ada sesuatu untuk diriku dan masa depan ku..Allah tidak tentukan kehidupan ku disini dengan sia sia..pasti ada hikmah dan nikmat disebaliknya..

Tuhanku..

Aku pohon ketabahan dariMu
Aku pohon kesabaran dariMu
PadaMu aku berlindung
PadaMu aku bermohon dan berharap

Kurniakanlah hidayah dan taufiq Mu, Ya Allah
Ampunkan lah diri ini, Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim

Impian

..impian membuahkan harapan..harapan memudahkan kita melalui kehidupan ini..

...lets dreammm...

Saturday, February 5, 2011

hijrah..

membawa erti dan makna yang berbeza bagi mereka yang melalui nya..

bagi aku ia satu kesinambungan hidup dalam memperbaharui..memperbaiki diri dalam melalui jalan taqwa..agar ia lebih baik dan sempurna ..lebih beerti dan kemanisannya lebih terasa..

..maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu..
..dalam dada ku harap hanyalah padamu..