Saturday, September 11, 2010

tazkirah ramadan dari D..

Sabda nabi : 6 perkara yang mendatangkan keberkatan dalam ibadah.

  1. taqwa
  2. istigfar
  3. tawakal
  4. jalin sillaturahim
  5. perbanyakkan ibadah sunat
  6. perbanyakan sedekah
orang taqwa patuh perintah Allah maka Allah akan tunjuk jalan untuk selesaikan masalah.


Al zalzalah = 1/2 drpd Al Quran
Al kafirun = 1/4 drpd Al Quran
Al ikhlas = 1/3 drpada Al Quran

for bulan ramadhan klu malas nak baca Quran

Umat islam adalah umat terbaik utk manusia kerana mereka menyuruh berbuat baik dan jahat = Ali Imran 110.. jadi teruskanlah berbuat baik

Saturday, August 14, 2010

Hidayah..

Kisah Cahaya Di Hujung Jalan dalam majalah Al Islam keluaran bulan ni sangat menyentuh perasaan ku , mungkin juga pada sesiapa yang membacanya. Seorang nenek di hujung usianya mendapat hidayah dari Allah setelah 40 tahun meninggalkan agama, suami, anak-anak dan keluarga demi seorang kekasihnya yang beragama Hindu. Bagaimana seorang ibu yang penuh kasih sayang akhirnya meninggalkan anak anak tanpa belas tanpa kasihan. Fikiran, hati dan jiwanya pada masa itu sudah ditambat oleh kekasih lalu meninggalkan segala yang dibina tanpa diketahui oleh sesiapa dan tidak meninggalkan sebarang jejak.

Allah Mengasihi nya, hidayah diberi padanya untuk dia kembali ke pangkal jalan melalui mimpi yang berulang lalu mmbuatkan dia sedar dan mengingati perkara serta kisah yang hampir luput diingatanya. ALLAH HU AKBAR!! Allah Maha Besar !! Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Dalam Al Quran banyak di sebut ..Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya. Antara ayatnya adalah seperti dalam surah Al Baqarah ayat 213, " Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah NYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA ke jalan yang lurus"

Ternyata nenek ini tergolong dalam golongan yang Allah ingin beri petunjuk kepadanya. Petunjuk yang datang di akhir usia mengubah hidupnya. Sungguh Allah Maha Berkuasa!! ..

Namun kita bagaimana??

Tiada manusia yang dapat mengenal manusia dengan baik, hanya Pencipta manusia yang dapat mengenal manusia sebenarnya. Sebagaimana sebiji kuih yang lazat tiada siapa yang tahu ramuan didalamnya kecuali pembuatanya. Allah SWT menciptakan tumbuhan, haiwan yg berguna kepada manusia sebagai sumber makanan, pengangkutan, tempat tinggal dan berbagai keperluan serta ilmu dan kemahiran untuk kehidupan yang sempurna. Ternyata manusia sangat memerlukan Allah disegenap kehidupanya. Dia bersifat wujud yang pastinya wujud sebelum segenap alam ini diciptakan.

Keperluan manusia tidak hanya terbatas kepada keperluan fiikal malah merangkumi keperluan rohani. Hidayah dalah keperluan rohani yang sangat penting dan sebenarnya paling penting kepada manusia kerana hidayah berfungsi sebagai petunjuk jalan bagi memastikan perjalanan hidup seseorang itu berada dilandasan yang betul dan lurus.

Berbalik kepada ayat 213 surah Al Baqarah tadi, adakah kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat petunjuk Allah?? ..Kita sebenarnya perlu sentiasa memohon dengan berdoa pada Allah agar sentiasa diberi petunjuk di sepanjang kehidupan ini seperti yang selalu kita pohon dalam setiap rakaat dalam solat iaitu surah Al fatihah ayat 6, " Tunjukilah kami jalan yang lurus"!

Akal manusia yang terbatas, membatasi fikirannya untuk mengetahui akan kisah yang berlaku dimasa hadapan tentang hidupnya. Bahkan dia tidak mengetahui apakah perkara yang terbaik yang harus dilakukan dalam kehidupannya sendiri. Sebagai manusia yang selalu menginginkan kehidupan yang selesa, tenang dan sempurna, kita selalu merancang perkara yang dirasakan terbaik dan bermanfaat untuk menyampaikan tujuan dan maksud kepada kehidupan yang lebih sempurna. Namun, kadang kadang dan mungkin selalunya kita dipertemukan dengan kegagalan, kekecewaan atas rancangan dan perbuatan yang dirasakan benar itu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia yang diciptakanNYA. Justeru itu, manusia sangat memerlukan hidayah dari Allah sebagai petunjuk arah kehidupan dalam mencari kebahagiaan hidup yang diredai NYA.

Manusia yang mendapat hidyah Allah mengetahui bahawa tiada kuasa lain selain daripada kuasa Allah yang menciptakan manusia dan bumi yang didiaminya ini. Namun kita perlu berusaha untuk mendapatkannya kerana kita tidak mengetahui sama ada kita tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah Allah seperti dalam ayat 213 surah Al Baqarah itu tadi kerana Allah memilih orang yang tertentu yang dikehendakiNYA sahaja. Kita perlu berdoa dan berusaha bersungguh sungguh semoga kita termasuk dalam golongan orang orang yang terpilih. InsyaAllah.

Berdoalah kerana, .." Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran... Al baqarah ayat 186.

Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..

..kasih manusia sering bermusim
..sayang manusia tiada abadi
..kasih Tuhan tiada bertepi
..kasih Allah kasih abadi
..sayang Tuhan janjiNYA pasti..


Tuesday, July 27, 2010

something to think about..hmmm.. for my research

Now, several Islamic universities have been established throughout the world since the 1970s: how far have some of them attempted to implement the Islamization of knowledge in their curricula? How far have they have been successful?

Farid Alatas - There has been very little development along these lines. It is still very much at the level of rhetoric. And I think it is likely to remain that way. The only way in which Islam can be brought into closer alignment with knowledge is if people start to do empirical work. And that takes me to my own understanding of these matters. I think that, rather than to talk about Islamizing knowledge, one should actually look at Islamic traditions as sources of concepts and ideas, and do actual research with that.

For instance, if one is an historian, a sociologist, or an anthropologist, one should look at Al-Biruni, at Ibn Khaldun, at various other thinkers, look at their concepts, look at their theories. The idea is to reconstruct their ideas, and undertake empirical historical research with these ideas. That is the way you make use of the Islamic tradition to contribute to knowledge.

There has been some movement along these lines, but it is a wide open area for new research.

http://religion.info/english/interviews/article_358.shtml


Research: the Islamization of knowledge – Interview with Farid Alatas
References

Alatas, Syed Farid. 2006. "A Khaldunian Exemplar for a Historical Sociology for the South",
Current Sociology 54(3): 397-411.

Alatas, Syed Farid. 2006. "Ibn Khaldun"
Blackwell Encyclopedia of Sociology, Blackwell Publishers.

Alatas, Syed Farid. 200
7. "The Historical Sociology of Muslim Societies: Khaldunian Applications",International Sociology 22(3): 267-288.

Ibn Khaldun. 1967.
The Muqaddimah, translated from the Arabic by Franz Rosenthal. London: Routledge & Kegan Paul.

Sachau, Edward C. (trans.) 1910.
Alberinu's India: An account of the religion, philosophy, literature, geography, chronology, astronomy, customs, laws and astrology of India about AD 1030, Delhi: Low Price Publications.


The interview took place at the National University of Singapore and was conducted by Jean-Franço


Ta'dib

Ingin mencari dan mendalami konsep Ta'dib.. konsep yang di perkenalkan oleh Syeikh Naguib Al Attas. Secara ringkas nya ia mengenai ilmu dan amal.

Knowledge , languange, thought and the civilizaton of Islam

..Lagi buku nak cari..

Tuesday, July 20, 2010

buku oohh buku..

..aku nak beli buku ni..bila agaknya dapat beli ekk..

..Ya Allah..permudahkanla urusan ku dunia dan akhirat..aminnn

Sunday, June 6, 2010

Memberi dan Menerima..

Memberi dan menerima..yang mana lebih gembira dan bahagia..Yang menerima pada zahirnya nampak gembira dan bahagia apabila menerima sesuatu daripada pemberi..namun pada hakikatnya memberi lebih bahagia dengan syarat memberi dengan penuh kasih sayang..

Contoh terbaik adalah masakan ibu..masakan yang paling sedap di muka bumi ni..si ibu bukan memberi makan pada anaknya tetapi memberi kasih sayang melalui masakan..

senadainya kita tidak ada mood or tak happy hari ni..maksudnya kita kurang memberi..kurang memberi kasih sayang..dalam erti kata lain..kurang berkasih sayang..

dapatkah aku???

..aku ingin sekali meluahkan perasaan..

Thursday, June 3, 2010

PadaMu aku bersujud..

..Pada Mu aku memohon.

..Kau yang memberi kebahagian...

Tawaduk

kehidupan umpama sebuah universiti..universiti kehidupan..org yang punya sifat tawaduk mampu mempelajari sesuatu dari kehidupan.. org disekeliling..dugaan..alam semesta..tumbuhan dan sebagainya..

apabila murid bersedia guru akan datang.. sgt dalam maksud kata kata ustaz ni..

besedia itu merangkumi sifat tawaduk.. tawaduk adalah sifat Rasullullah s.a. iaitu rendah diri..tidak ego..tidak sombong dan tidak bakhil..Jika dikaji pengertia tawaduk ini amat luas dan mendalam..apatah lagi jika dikaitkan dengan pembelajaran melalui kehidupan..fikir fikirkan lah..Moga Allah sentiasa memberi hidayah pada kita..Aminnnn

Monday, April 26, 2010

AlQuran dan Hadis


Kehidupan tanpa Al Quran dan Hadis dalam apa bidang sekalipundidunia ini tidak akan berjaya

- Ustaz Rashdan Yunus, masjid Al Azim, 10 April 2010

Sifat Muraqobah

sifat berasa bahawa segala apa yang dilakukandilihat oleh Allah -

Ustaza Dziaulhak, Masjid Al Azim, Pandan indah, 11 April 2010

rezeki


2 syarat untuk dapat rezeki yang barakah :

1) ikhlas dalam segala urusan

2) Sumbangkan ke arah kebaikan

Thursday, April 15, 2010

perjalanan ini terasa amat menyedihkan
sayang engkau tak duduk disampingku..kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering bebatuan
tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menampak kering kerumputan

perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
kawan..cuba dengar apa jawabnya..
ketika aku tanya mengapa

bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

sesampainya dilaut
ku kahabrkan semuanya
kepada karang, kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam
tetapi semua bisu
tinggalah ku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali disana ada jawabnya
mengapa ditanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
atau alam mulai bosan
bersahabat dengan kita
cuba kita bertanya
pada rumput yang bergoyang..

Ebeit : berita buat kawan

reteten kejadian menjadi yang melanda dunia sejak akhir akhir ini mengingatkan aku pada lagu ni.. Mungin Tuhan telah mulai bosan dengan tingkah kita yang selalu bangga dengan salah dan dosa..selalu melakukan kerosakan pada bumi dan ingkar akan perintahnya..

2010. disambut dengan gemparan kejadian gempa bumi di Haiti pada 13 January...bulan ini sahaja..April digegarkan dengan turutan gempa..di timur dan barat.. China, Indonesia, California dan hari ni..kejadian gunung berapi.. di Iceland menyebabkan kawasan ruang udara sekitarnya lumpuh..

Namun aku disini masih dapat hidup aman dan tenang..syukur alhamdulillah..


Wednesday, April 14, 2010

Wajah mu..D

pabila aku memandang wajah matang itu
aku melihat cahaya
aku memandang keindahan
aku merasa kelembutan..kemanisan..ketulusan
sebuah rindu..kasih..sayang dan cinta..

pabila aku memandang wajah matang itu
hatiku memohon dan berharap pada NYA
dekatilah aku pada wajah itu
untuk ku menyelami pancaran wajahnya
terus kehatinya..
untuk ku memahami dan berbahagia bersama nya..

Monday, April 12, 2010

Peringatan untuk diriku..

Kehidupan tak kan kering dari dugaan dan cabaran. Setiap nafas yang di izinkan NYA pasti diiringi dugaan dan cabaran. terpulang pada kita untuk menerima dan menilainya. Kadang kadang terasa diri tidak tertahan menanggungnya apabila kita diduga dengan pelbagai dugaan yang berat dirasakan. Percayalah, Allah tak kan memberi dugaan yang tidak mampu kita tanggung.Dugaan itu diberi kerana kita 'capable' menanggungnya. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

aku selalu ingat ayat ni , agar aku dapat merasa tenang tatkala di duga..

..maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan ..Surah Al Insyirah ayat 5.. ayat ini di ulang 2 kali dalam surat tersebut iaitu ayat 5 dan ayat 6..

..menenangkan. :)

satu


Tangisan sebelum tidur semalam buat mata ku bengkak pagi ni.. hmm..kenapa aku menangis ? perlukah aku menangis? soalan untuk diriku..

jelas kedengaran suara abang Naza melaungkan azan Subuh pagi ni.. terbayang aku wajahnya..putih dan berjanggut..hensem..tapi laser..apa apa pun hensem lagi buah hati aku..walaupun kaler coklat..ada janggut gak.. sedih lak aku bila teringatkan nya..kenapa asyik sedih je ni... arrgghhhh!!!...

Rindu

Rindu..

menghampiriku..
lembut bak puputan bayu senja
menghembus lembut menyapa pipi
dingin ..tenang..mengasyikkan..

menghampiriku..
bagai sikecil kehilangan ibu
sedu sedan mendambakan pelukan dan belaian

menghampiriku..
dengan linangan airmata
kesyukuran pada yang Esa
menemukan aku dengan nya..

Sunday, April 11, 2010

Ten Ways to Become a better Writer..

Bercita cita nak nak jadi penulis yang baik..boleh ke aku??

.. good writer takes time and practice...hmmm...
  1. Read as much as you can..
  2. Write a much as you can.
  3. Take writing course - free better
  4. Read the element of style
  5. Build your vocabulary
  6. Become a better researcher
  7. Write for audience
  8. Have your work critique
  9. Learn how to edit your work
  10. Proof reading








Wednesday, January 6, 2010

Minggu pertama 2010...

Selamat Tahun Baru..disusuli dengan semangat baru..resolusi baru..image baru..dan macam macam baru lagi lazimnya bagi masyarakat..Aku?? entahla..

1 January 2010
Sepetang bersama kawan sekelas 5Kemanuasian 4, 1993, SMHK. 6 of us managed to come. Karaoke @ MTV Ampang Park. First time aku masuk situ..Kali kedua masuk karaoke seumur hidup ku..layannnnnn.. Then diner kat Pelita Nasi Kandar..until 9 pm..gathering adjourned...
Nice..having fun..jumpa kengkawan lama..geng study group..geng berlumba dalam pelajaran..sewaktu ketika dulu...

2 January 2010..
Lepak je kat rumah..reading..

3 January 2010
Ikut rombongan meminang..ke Ampang Indah..Had nice nasi minyak and curry :)
..Selamat Bertunang to Ijai & Ina..