Thursday, April 14, 2011

Begitu Romantis Rasulullah SAW

..sebuah buku yang menyingkap hikmah disebalik perkahwinan Rasulullah, manusia agung..
..antara hikmah tidak ada anak lelaki Rasulullullah yang boleh bertahan hidup hingga dewasa dan melahirkan keturunan adalah bahawa Allah tidak mengkehendaki anak lelaki baginda diangkat menjadi pewaris kepimpinan yang baik di bidang agama mahupun dalam urusan masyarakat. Boleh dipastikan, jika ada antara keturunan anak lelaki baginda yang hidup, tentu akan diangkat menjadi pemimpin setelah baginda wafat..

..ada kekhuatiran, apabila diangkatnya keturunan baginda sebagai pemimpin seterusnya menjadikan individu taksub dan terlalu memuja. Walaupun dengan tidak ada keturunan anak lelaku dari keturunan baginda, sudah terjadi pendewaan. Banyak pihak yang mengaku atau mengaku dirinya sebagai "habib atau habaib" dan dianggap sebagai keturunan baginda. Mereka merasa lebih utama dari yang lain dan harus dihormati oleh sesiapapun.

..Bayangkan seandainya keturunan anak lelaki dari Nabi Muhammad SAW memang wujud, pasti akan didewakan dan diangkat sebagai pemimpin. Akibatnya, kepimpinan tidak lagi berdasarkan kemampuan dan ketakwaan tapi kerana keturunan...

Jawapan yang merungkai segala persoalan diriku apabila mememirkan ..kenapa tiada penyambung keturunan Rasullullah... :)