Thursday, June 11, 2009

ayat 18 dan 19 Surah Al Waqiah

maksud ayat 18 dalam surah ini adalah "dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang di ambil dari air yang mengalir "

penerangan lebih lanjut oleh ustaz dalam radio tentang kalimah 'Abariq' dan 'Maa'in'..

Abariq bermaksud piala, gelas , cerek

Maa'in pula bermaksud air yang mengalir..

Apabila di sebut air yang mengalir jelas dalam fikiran kita air yang mengalir itu ada lah sungai.Tetapi cam tak munasabah lak gelas, cerek dan piala di gunakan untuk mengisi air sungai.

Sebenarnya ayat ini menggambarkan satu keadaan di mana sekumpulan manusia sedang menikmati minuman. Secara logiknya, mana ada air minuman yang mengalir tanpa henti seperti sungai. Ustaz menerangkan ayat ini dengan menyifatkan air minuman itu sebagai arak.

Jadi, Abariq itu adalah cerek yang diperbuat daripada perak yg mana muncung nya panjang yang isi arak yang Maa'in iaitu mengalir tanpa henti.

dalam ayat 19 pula bermaksud " mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk"

Maksudnya, arak yang diminum dalam gelas, cerek dan piala itu tidak memeningkan dan memabukan.

Ini dalam syurga : ) bukan didunia..

..bahasa Alquran..sangat indah untuk difahami...

No comments: