Monday, April 26, 2010

AlQuran dan Hadis


Kehidupan tanpa Al Quran dan Hadis dalam apa bidang sekalipundidunia ini tidak akan berjaya

- Ustaz Rashdan Yunus, masjid Al Azim, 10 April 2010

Sifat Muraqobah

sifat berasa bahawa segala apa yang dilakukandilihat oleh Allah -

Ustaza Dziaulhak, Masjid Al Azim, Pandan indah, 11 April 2010

rezeki


2 syarat untuk dapat rezeki yang barakah :

1) ikhlas dalam segala urusan

2) Sumbangkan ke arah kebaikan

Thursday, April 15, 2010

perjalanan ini terasa amat menyedihkan
sayang engkau tak duduk disampingku..kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering bebatuan
tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menampak kering kerumputan

perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
kawan..cuba dengar apa jawabnya..
ketika aku tanya mengapa

bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini

sesampainya dilaut
ku kahabrkan semuanya
kepada karang, kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam
tetapi semua bisu
tinggalah ku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali disana ada jawabnya
mengapa ditanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
atau alam mulai bosan
bersahabat dengan kita
cuba kita bertanya
pada rumput yang bergoyang..

Ebeit : berita buat kawan

reteten kejadian menjadi yang melanda dunia sejak akhir akhir ini mengingatkan aku pada lagu ni.. Mungin Tuhan telah mulai bosan dengan tingkah kita yang selalu bangga dengan salah dan dosa..selalu melakukan kerosakan pada bumi dan ingkar akan perintahnya..

2010. disambut dengan gemparan kejadian gempa bumi di Haiti pada 13 January...bulan ini sahaja..April digegarkan dengan turutan gempa..di timur dan barat.. China, Indonesia, California dan hari ni..kejadian gunung berapi.. di Iceland menyebabkan kawasan ruang udara sekitarnya lumpuh..

Namun aku disini masih dapat hidup aman dan tenang..syukur alhamdulillah..


Wednesday, April 14, 2010

Wajah mu..D

pabila aku memandang wajah matang itu
aku melihat cahaya
aku memandang keindahan
aku merasa kelembutan..kemanisan..ketulusan
sebuah rindu..kasih..sayang dan cinta..

pabila aku memandang wajah matang itu
hatiku memohon dan berharap pada NYA
dekatilah aku pada wajah itu
untuk ku menyelami pancaran wajahnya
terus kehatinya..
untuk ku memahami dan berbahagia bersama nya..

Monday, April 12, 2010

Peringatan untuk diriku..

Kehidupan tak kan kering dari dugaan dan cabaran. Setiap nafas yang di izinkan NYA pasti diiringi dugaan dan cabaran. terpulang pada kita untuk menerima dan menilainya. Kadang kadang terasa diri tidak tertahan menanggungnya apabila kita diduga dengan pelbagai dugaan yang berat dirasakan. Percayalah, Allah tak kan memberi dugaan yang tidak mampu kita tanggung.Dugaan itu diberi kerana kita 'capable' menanggungnya. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

aku selalu ingat ayat ni , agar aku dapat merasa tenang tatkala di duga..

..maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan ..Surah Al Insyirah ayat 5.. ayat ini di ulang 2 kali dalam surat tersebut iaitu ayat 5 dan ayat 6..

..menenangkan. :)

satu


Tangisan sebelum tidur semalam buat mata ku bengkak pagi ni.. hmm..kenapa aku menangis ? perlukah aku menangis? soalan untuk diriku..

jelas kedengaran suara abang Naza melaungkan azan Subuh pagi ni.. terbayang aku wajahnya..putih dan berjanggut..hensem..tapi laser..apa apa pun hensem lagi buah hati aku..walaupun kaler coklat..ada janggut gak.. sedih lak aku bila teringatkan nya..kenapa asyik sedih je ni... arrgghhhh!!!...

Rindu

Rindu..

menghampiriku..
lembut bak puputan bayu senja
menghembus lembut menyapa pipi
dingin ..tenang..mengasyikkan..

menghampiriku..
bagai sikecil kehilangan ibu
sedu sedan mendambakan pelukan dan belaian

menghampiriku..
dengan linangan airmata
kesyukuran pada yang Esa
menemukan aku dengan nya..

Sunday, April 11, 2010

Ten Ways to Become a better Writer..

Bercita cita nak nak jadi penulis yang baik..boleh ke aku??

.. good writer takes time and practice...hmmm...
  1. Read as much as you can..
  2. Write a much as you can.
  3. Take writing course - free better
  4. Read the element of style
  5. Build your vocabulary
  6. Become a better researcher
  7. Write for audience
  8. Have your work critique
  9. Learn how to edit your work
  10. Proof reading