Sunday, May 31, 2009

Kampung Bunan Gega, Serian, Sarawak


mak dah sampai kampung..Gawai kali ni anak anak nenek yang duk di KL cuma mak sorang je yang balik..

Aku dah pesan dengan Abg Jaman supaya tengokkan mak ..jangan dia buat keje macam macam..kesihatanya tak mengizinkan..

Mudah mudahan mak sihat ..amin.. : )


Buat kawan, teman, sahabat dan insan istimewa..


Ya Allah, aku pohon pada Mu .

Lindungilah mereka walau dimana jua mereka berada..pertambahkanlah rezki mereka yang halal, permudahkanlah urusan mereka dunia dan akhirat..dan berilah mereka kebahagiaan dunia dan akhirat..

Sesungguhnya hanya KAU YANG MAHA MENGETAHUI..

Aminnn..

Pastaaa...

Bahan bahannye..
Macaroni direbus
udang kering ditumbuk
udang
sotong
capsicum
tomato buang isi perutnya
karot
bawang kuning
cili kering yg dah dimesin
bawang dah mesin -sket jek
bawang puteh

  1. tomis aa bawang potong
  2. masukkan udang kering -kacau
  3. dah ada bau baru masukan bawang puteh n bawang merah tadi - kacau sampai bau sedap
  4. pastu masukkan cili kacau sampai masak - kacau ni supaya tak hangus dan lekat di koli
  5. cili dah masak, masukan seafood tadi - kacau kacau
  6. bila dah agak masak, masukkan sos tiram dan kicap kipas udang & garam
  7. kacau dan masukkan sayur sayuran
  8. tambah aa daun bawang for color..

..aku buat lebih for bebudak yg datang tusyen..tp they all tak muncul mucul..

aku isi semangkuk besar dan hanta kat rumah dia orang.. aku puas hati : )

sedekah ku untuk hari ini..

alhamdulillah, dapat jua memberi : )

Thursday, May 28, 2009

ABTAR..

Wanna share with u..

Everyday kat radio IKIM ada rancangan NurHikmah.. tapi topic nya berbeza beza setiap hari.. hari Senin pasal tanda tanda kiamat.. baru ni diceritan tentang Imam Mahdi..siapa Imam Mahdi tu sebenarnya.

on Friday, slot Kosa kata dari Al quran untuk rancangan Nurhikmah ni…this is what I wanna share with you..

Pagi ni, ustaz tu terangkan about kosa kata “ABTAR” yang kita jumpa dalam surah Al Kausar ayat 3.

Ayat 3 tu bermaksud : “ Sungguh, orang orang yang membencimu dialah yang terputus ( dari rahmat Allah)

Jadi maksud ABTAR itu adalah terputus. Ia berasal dari perkataan kata kerja. Namun ia punya maksud yang berbeza jika disandarkan pada sesuatu kata nama, contohnya

  1. Jika disandarkan pada ular – maksudnya, ular yang berekor pendek, iaitu ular yang sangat jahat
  2. Jika disandarkan pada pedang – maksudnya pedang yang tajam
  3. Jika disandarkan pada manusia – maksudnya, tidak mempunyai zuriat.

Sejarahnya, ayat ini diturunkan berikutan daripada satu peristiwa.

peristiwa apabila seorang pemuda ( saya tak ingat namanya tapi ada la ustaz tu sebut) dalam suatu pertemuan beramai - ramai bersama- sama pembesar pembesar Quraisy dengan Rasulullah. Bila pemuda tu nampak Rasulullah lalu dia pun berkata : “ Wahai orang yang terputus!”

Mengapa pemuda itu bekata cam ni? ..kata ustaz tu, ini masalah orang Arab pada masa tu, budaya orang Arab hanya suka pada anak lelaki. Kalau ada anak perempuan je, macam takda anak..

So, pada waktu itu, Rasullullah baru kehilangan ( meninggal dunia) anak lelakinya, sebab tu la pemuda tu berkata pada Nabi “ Wahai orang yang terputus”..dengan bermaksud menghina Nabi. Cuba nak mengatakan Rasulullah tiada zuriat. Cam mandul la : ) .. sedangkan Nabi ada anak perempuan..

Maka Allah turunkan ayat ini, dengan mengatakan orang yang yang membenci Rasulullah akan terputus iaitu terputus dari rahmat Allah

Conclusion ( ustaz tu cakap omputeh) , sesiapa je yang menghina, membenci Nabi dan yang sewaktu dengannya akan terputus segala kebaikan padanya dunia dan akhirat.

Menarik kan.. : ) ..salah satu cabang bahasa Al Quran

Tuesday, May 26, 2009

SMS Ramadan...

..Assalamualaikum, Asmah, saya nak pegi umrah 30/5 -11/6 ni. Minta maaf banyak banyak kat awak. Ada rezki kita jumpa bila saya balik nanti..

..syukur..aku doakan dipermudahkan segala urusan untuknya ..aminnn..

...bila lak aku nak pegi ni..

..mudah mudahan ada rezki la hendaknya : )

Monday, May 25, 2009

Juz 11 muka surat berapa ye??

pabila kita cuba mencari muka surat  bagi juzuk tertentu didalam, ambil masa yang lama juga..

sebenarnya ada formula untuk mencarinya..

Bagi Quran Uthmani iaitu Quran yang standard..

diberi x = juzuk yang dikehendaki kemudian tolak 1
                 ( x -1) = z

kemudian z darab 2 
  (zx2) = y

kemudian letakan angka 2 selepas y

contoh: ingin mencari muka surat bagi Juzuk 12
jadi 12 -1 =11
11 x2=22
letakan angka 2 dibelakang 22 jadi 222
juzuk 12 di mukasurat 222

          

Sunday, May 24, 2009

Tangkai Jering


D bercerite lagi...

Kisah si Kikir dan Bakhil..orang yang sangat kedekut untuk membelanjakan harta benda nya untuk orang lain ..dalam erti kata lain ialah bersedekah..

Allah menguji manusia dengan berbagai cara..ada yang di uji dengan kekayaan tapi tidak senang, ada yang diberi kesenangan tapi tidak kaya dan ada yang sangat sabar dalam kepayahan.

kebanyakan yang selalu gagal dalam ujian Allah ini ada lah mereka yang diberi kekayaan tetapi tidak senang kerana sifat kikir dan bakhil mereka.. mereka sangat kedekut untuk bersedekah, lalu Allah menambahkan lagi ujian dengan memberi penyakit dan sebagainya untuk menyedarkan mereka betapa rugi harta yang banyak tapi tidak dapat menikmati nya kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Ada yang menyedari akan kesilapan mereka dan ada yang terus kufur. ..

Pada zaman Nabi ada kisah mengenai 3 orang lelaki yang serba kekurangan. Lelaki pertama berpenyakit sopak, lelaki kedua keguguran rambut dan lelaki ketiga buta. Pada suatu hari ketiga tiga lelaki ini didatangi oleh seorang tabib menawarkan untuk mengubati penyakit mereka. Dengan izin Allah, penyakit itu dapat disembuhkan, dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa.

Pasa suatau ketika, ketiga tiga lelaki ini didatangi oleh peminta sedekah. Lelaki pertama tadi didatangi oleh seorang yang berpenyakit sopak sepertinya dahulu meminta sedekah padanya. Malangnya dia enggan memberikan sedekah.

Kemudian lelaki kedua didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mempunyai penyakit keguguran rambut sepertinya dahulu. Dia juga enggan memberikan sedekah.

Lelaki ketiga didatangi oleh sibuta meminta sedekah kepadanya. Dia memberi sedekah kepada lelaki tersebut kerana mengyedari kesukaran lelaki buta itu seperti dialaminya suatu ketika dahulu. Peminta sedekah itu enggan menerima sedekahnya dengan berkata " aku tidak memerlukan sedekahmu kerana aku sebenarnya malaikat yang diperintahkan Allah untuk menduga sejauhmana kesyukuran kamu bertiga dalam menerima dugaan dan nikmat dari Allah .. dan aku jugalah tabib yang mengubati kamu bertiga..

Allah maha Menegtahui..Dia Maha Berkuasa..Dia berhak menduga, memberi rezki malah hidayah pada sesiapa juga yang Dia kehendaki ....

Mudah mudahan aku dan kita semua tergolong dalam orang orang bersyukur dah golongan yang menerima hidayah dari Allah ... Aminnn..


Saturday, May 23, 2009

Buruk Siku

 ..D menceritakan..

..Umar Al Khatab telah menghadiahkan seekor kuda pada seorang yang tidak mempunyai haiwan tunggangan. Setelah sekian lama Umar mendapati bahwa haiwan itu tidak digunanakan sebagai tunggangan sebaliknya hanya ditambat berhampiran rumah sahaja. 

Umar berhajat untuk mengambil kembali kuda tersebut dengan membelinya dengan harga yang mahal. Namun Umar menjangka orang tersebut akan menjual kan nya dengan harga yang murah kerana beliau yang menghadiahkan kuda tersebut padanya..

Kemudian Umar menemui Rasullullah SAW bagi menyuarakan hasratnya. lalu Rasulullah berkata,

Jangan kamu berbuat demkikian dengan mengambil semula barag yagn telah dihadiahkan atau disedakahkan walau membeli nya sekalipun, kerana perbuatan itu sama sepert anjing yang menjilat muntahnya sendiri ....

..hmm..kejinya perbuatan itu..Rasullullah membandingkannya dengan seekor anjing dan muntah yang menjijikan.. 

Thursday, May 21, 2009

Hadiah Hari Guru..


..dapat hadiah hari ni..so touching..hadiah dari anak anak murid ku..sebuah bowl kaca..sesuai untuk letak ikan laga..

..apa yang kucurahkan selama ini pada mereka ku rasakan dihargai..pandai budak budak ni menghargai seseorang..

aku doakan mereka semua berjaya nanti..


Sunday, May 17, 2009

Cukai Sendi


..SMS dari seseorang yang amat bermakna dalam hidupku..

 ...Nabi besabda, kejadian manusia itumengandungi 360 sendi, dan setiap sendi itu Allah kenakan cukai. Sedekah dan zikir kepada Allah itulah yang menjadi  cukai sendi kepada Allah. ..Sahih Muslim..

 Baru ku tau...Subhanallah : )