Wanna share with u..
Everyday kat radio IKIM ada rancangan NurHikmah.. tapi topic nya berbeza beza setiap hari.. hari Senin pasal tanda tanda kiamat.. baru ni diceritan tentang Imam Mahdi..siapa Imam Mahdi tu sebenarnya.
on Friday, slot Kosa kata dari Al quran untuk rancangan Nurhikmah ni…this is what I wanna share with you..
Pagi ni, ustaz tu terangkan about kosa kata “ABTAR” yang kita jumpa dalam surah Al Kausar ayat 3.
Ayat 3 tu bermaksud : “ Sungguh, orang orang yang membencimu dialah yang terputus ( dari rahmat Allah) “
Jadi maksud ABTAR itu adalah terputus. Ia berasal dari perkataan kata kerja. Namun ia punya maksud yang berbeza jika disandarkan pada sesuatu kata nama, contohnya
- Jika disandarkan pada ular – maksudnya, ular yang berekor pendek, iaitu ular yang sangat jahat
- Jika disandarkan pada pedang – maksudnya pedang yang tajam
- Jika disandarkan pada manusia – maksudnya, tidak mempunyai zuriat.
Sejarahnya, ayat ini diturunkan berikutan daripada satu peristiwa.
peristiwa apabila seorang pemuda ( saya tak ingat namanya tapi ada la ustaz tu sebut) dalam suatu pertemuan beramai - ramai bersama- sama pembesar pembesar Quraisy dengan Rasulullah. Bila pemuda tu nampak Rasulullah lalu dia pun berkata : “ Wahai orang yang terputus!”
Mengapa pemuda itu bekata cam ni? ..kata ustaz tu, ini masalah orang Arab pada masa tu, budaya orang Arab hanya suka pada anak lelaki. Kalau ada anak perempuan je, macam takda anak..
So, pada waktu itu, Rasullullah baru kehilangan ( meninggal dunia) anak lelakinya, sebab tu la pemuda tu berkata pada Nabi “ Wahai orang yang terputus”..dengan bermaksud menghina Nabi. Cuba nak mengatakan Rasulullah tiada zuriat. Cam mandul la : ) .. sedangkan Nabi ada anak perempuan..
Maka Allah turunkan ayat ini, dengan mengatakan orang yang yang membenci Rasulullah akan terputus iaitu terputus dari rahmat Allah
Conclusion ( ustaz tu cakap omputeh) , sesiapa je yang menghina, membenci Nabi dan yang sewaktu dengannya akan terputus segala kebaikan padanya dunia dan akhirat.
Menarik kan.. : ) ..salah satu cabang bahasa Al Quran
No comments:
Post a Comment