D bercerite lagi...
Kisah si Kikir dan Bakhil..orang yang sangat kedekut untuk membelanjakan harta benda nya untuk orang lain ..dalam erti kata lain ialah bersedekah..
Allah menguji manusia dengan berbagai cara..ada yang di uji dengan kekayaan tapi tidak senang, ada yang diberi kesenangan tapi tidak kaya dan ada yang sangat sabar dalam kepayahan.
kebanyakan yang selalu gagal dalam ujian Allah ini ada lah mereka yang diberi kekayaan tetapi tidak senang kerana sifat kikir dan bakhil mereka.. mereka sangat kedekut untuk bersedekah, lalu Allah menambahkan lagi ujian dengan memberi penyakit dan sebagainya untuk menyedarkan mereka betapa rugi harta yang banyak tapi tidak dapat menikmati nya kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Ada yang menyedari akan kesilapan mereka dan ada yang terus kufur. ..
Pada zaman Nabi ada kisah mengenai 3 orang lelaki yang serba kekurangan. Lelaki pertama berpenyakit sopak, lelaki kedua keguguran rambut dan lelaki ketiga buta. Pada suatu hari ketiga tiga lelaki ini didatangi oleh seorang tabib menawarkan untuk mengubati penyakit mereka. Dengan izin Allah, penyakit itu dapat disembuhkan, dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa.
Pasa suatau ketika, ketiga tiga lelaki ini didatangi oleh peminta sedekah. Lelaki pertama tadi didatangi oleh seorang yang berpenyakit sopak sepertinya dahulu meminta sedekah padanya. Malangnya dia enggan memberikan sedekah.
Kemudian lelaki kedua didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mempunyai penyakit keguguran rambut sepertinya dahulu. Dia juga enggan memberikan sedekah.
Lelaki ketiga didatangi oleh sibuta meminta sedekah kepadanya. Dia memberi sedekah kepada lelaki tersebut kerana mengyedari kesukaran lelaki buta itu seperti dialaminya suatu ketika dahulu. Peminta sedekah itu enggan menerima sedekahnya dengan berkata " aku tidak memerlukan sedekahmu kerana aku sebenarnya malaikat yang diperintahkan Allah untuk menduga sejauhmana kesyukuran kamu bertiga dalam menerima dugaan dan nikmat dari Allah .. dan aku jugalah tabib yang mengubati kamu bertiga..
Allah maha Menegtahui..Dia Maha Berkuasa..Dia berhak menduga, memberi rezki malah hidayah pada sesiapa juga yang Dia kehendaki ....
Mudah mudahan aku dan kita semua tergolong dalam orang orang bersyukur dah golongan yang menerima hidayah dari Allah ... Aminnn..
No comments:
Post a Comment