Monday, May 25, 2009

Juz 11 muka surat berapa ye??

pabila kita cuba mencari muka surat  bagi juzuk tertentu didalam, ambil masa yang lama juga..

sebenarnya ada formula untuk mencarinya..

Bagi Quran Uthmani iaitu Quran yang standard..

diberi x = juzuk yang dikehendaki kemudian tolak 1
                 ( x -1) = z

kemudian z darab 2 
  (zx2) = y

kemudian letakan angka 2 selepas y

contoh: ingin mencari muka surat bagi Juzuk 12
jadi 12 -1 =11
11 x2=22
letakan angka 2 dibelakang 22 jadi 222
juzuk 12 di mukasurat 222

          

Sunday, May 24, 2009

Tangkai Jering


D bercerite lagi...

Kisah si Kikir dan Bakhil..orang yang sangat kedekut untuk membelanjakan harta benda nya untuk orang lain ..dalam erti kata lain ialah bersedekah..

Allah menguji manusia dengan berbagai cara..ada yang di uji dengan kekayaan tapi tidak senang, ada yang diberi kesenangan tapi tidak kaya dan ada yang sangat sabar dalam kepayahan.

kebanyakan yang selalu gagal dalam ujian Allah ini ada lah mereka yang diberi kekayaan tetapi tidak senang kerana sifat kikir dan bakhil mereka.. mereka sangat kedekut untuk bersedekah, lalu Allah menambahkan lagi ujian dengan memberi penyakit dan sebagainya untuk menyedarkan mereka betapa rugi harta yang banyak tapi tidak dapat menikmati nya kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Ada yang menyedari akan kesilapan mereka dan ada yang terus kufur. ..

Pada zaman Nabi ada kisah mengenai 3 orang lelaki yang serba kekurangan. Lelaki pertama berpenyakit sopak, lelaki kedua keguguran rambut dan lelaki ketiga buta. Pada suatu hari ketiga tiga lelaki ini didatangi oleh seorang tabib menawarkan untuk mengubati penyakit mereka. Dengan izin Allah, penyakit itu dapat disembuhkan, dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa.

Pasa suatau ketika, ketiga tiga lelaki ini didatangi oleh peminta sedekah. Lelaki pertama tadi didatangi oleh seorang yang berpenyakit sopak sepertinya dahulu meminta sedekah padanya. Malangnya dia enggan memberikan sedekah.

Kemudian lelaki kedua didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mempunyai penyakit keguguran rambut sepertinya dahulu. Dia juga enggan memberikan sedekah.

Lelaki ketiga didatangi oleh sibuta meminta sedekah kepadanya. Dia memberi sedekah kepada lelaki tersebut kerana mengyedari kesukaran lelaki buta itu seperti dialaminya suatu ketika dahulu. Peminta sedekah itu enggan menerima sedekahnya dengan berkata " aku tidak memerlukan sedekahmu kerana aku sebenarnya malaikat yang diperintahkan Allah untuk menduga sejauhmana kesyukuran kamu bertiga dalam menerima dugaan dan nikmat dari Allah .. dan aku jugalah tabib yang mengubati kamu bertiga..

Allah maha Menegtahui..Dia Maha Berkuasa..Dia berhak menduga, memberi rezki malah hidayah pada sesiapa juga yang Dia kehendaki ....

Mudah mudahan aku dan kita semua tergolong dalam orang orang bersyukur dah golongan yang menerima hidayah dari Allah ... Aminnn..


Saturday, May 23, 2009

Buruk Siku

 ..D menceritakan..

..Umar Al Khatab telah menghadiahkan seekor kuda pada seorang yang tidak mempunyai haiwan tunggangan. Setelah sekian lama Umar mendapati bahwa haiwan itu tidak digunanakan sebagai tunggangan sebaliknya hanya ditambat berhampiran rumah sahaja. 

Umar berhajat untuk mengambil kembali kuda tersebut dengan membelinya dengan harga yang mahal. Namun Umar menjangka orang tersebut akan menjual kan nya dengan harga yang murah kerana beliau yang menghadiahkan kuda tersebut padanya..

Kemudian Umar menemui Rasullullah SAW bagi menyuarakan hasratnya. lalu Rasulullah berkata,

Jangan kamu berbuat demkikian dengan mengambil semula barag yagn telah dihadiahkan atau disedakahkan walau membeli nya sekalipun, kerana perbuatan itu sama sepert anjing yang menjilat muntahnya sendiri ....

..hmm..kejinya perbuatan itu..Rasullullah membandingkannya dengan seekor anjing dan muntah yang menjijikan.. 

Thursday, May 21, 2009

Hadiah Hari Guru..


..dapat hadiah hari ni..so touching..hadiah dari anak anak murid ku..sebuah bowl kaca..sesuai untuk letak ikan laga..

..apa yang kucurahkan selama ini pada mereka ku rasakan dihargai..pandai budak budak ni menghargai seseorang..

aku doakan mereka semua berjaya nanti..


Sunday, May 17, 2009

Cukai Sendi


..SMS dari seseorang yang amat bermakna dalam hidupku..

 ...Nabi besabda, kejadian manusia itumengandungi 360 sendi, dan setiap sendi itu Allah kenakan cukai. Sedekah dan zikir kepada Allah itulah yang menjadi  cukai sendi kepada Allah. ..Sahih Muslim..

 Baru ku tau...Subhanallah : ) 

Monday, January 12, 2009

Sabar dan terus bersabar...

 semakin aku sabar semakin berat cabaran nya untuk aku teruskan kesabaran ini.. ini la belajar namanya..

Ya Allah..aku mohon pada Mu..berilah aku kekuatan dan semangat yang berterusan untuk aku lalui dugaan yang Kau berikan ini..sesungguhnya aku percaya dugaan ini ada lah sesuatu yang terbaik untuk diriku dari Mu ..ya Allah..


aminnnn

Sunday, January 11, 2009

Pertemuan setelah 8 tahun berpisah...


Pertemuan dengan teman sekuliah ku hari ni biasa je..bosan pun ada gak..kami breakfast sama depan UKM campus Chow Kit branch sementara tunggu her hubby habis exam..

He came to meet us later, ..hmmm..sombong sket aa mamat ni..dingin..lebih kurang cam kawan aku ni gak if saper tak kenal aaa..

aku rasa tak selesa bersam dgn mereka tapi aku tak tahu kenapa..kenapa ekk?? ..aku rasa cam nak cabut jek..

Last sekali..lepas bincang bincang apa nak buat..nak tengok wayang berkira lak.. so she ajak balik umah aku..aku lagi suka..

kat umah aku jamu pulut kuning yang kebetulan mak dah sediakan..rezki mereka berdua la..
after one hour couple ni minta diri untuk balik ..tidoooooooooo.. 

mak aku bekalkan pulut tu sebab tengok si hubby suka sanagt makan..rezkiii..tak yah la korang masak..

aku lega sangat dah jumpa and pertemuan ni tak lama..aku letih sangat..
 
aku doakan dia berbahagia selalu..sekurang kurangnya..dia dapat berkongsi hidup bersama orang yang dicintai nya..