Kisah Cahaya Di Hujung Jalan dalam majalah Al Islam keluaran bulan ni sangat menyentuh perasaan ku , mungkin juga pada sesiapa yang membacanya. Seorang nenek di hujung usianya mendapat hidayah dari Allah setelah 40 tahun meninggalkan agama, suami, anak-anak dan keluarga demi seorang kekasihnya yang beragama Hindu. Bagaimana seorang ibu yang penuh kasih sayang akhirnya meninggalkan anak anak tanpa belas tanpa kasihan. Fikiran, hati dan jiwanya pada masa itu sudah ditambat oleh kekasih lalu meninggalkan segala yang dibina tanpa diketahui oleh sesiapa dan tidak meninggalkan sebarang jejak.
Allah Mengasihi nya, hidayah diberi padanya untuk dia kembali ke pangkal jalan melalui mimpi yang berulang lalu mmbuatkan dia sedar dan mengingati perkara serta kisah yang hampir luput diingatanya. ALLAH HU AKBAR!! Allah Maha Besar !! Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Dalam Al Quran banyak di sebut ..Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya. Antara ayatnya adalah seperti dalam surah Al Baqarah ayat 213, " Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah NYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA ke jalan yang lurus"
Ternyata nenek ini tergolong dalam golongan yang Allah ingin beri petunjuk kepadanya. Petunjuk yang datang di akhir usia mengubah hidupnya. Sungguh Allah Maha Berkuasa!! ..
Namun kita bagaimana??
Tiada manusia yang dapat mengenal manusia dengan baik, hanya Pencipta manusia yang dapat mengenal manusia sebenarnya. Sebagaimana sebiji kuih yang lazat tiada siapa yang tahu ramuan didalamnya kecuali pembuatanya. Allah SWT menciptakan tumbuhan, haiwan yg berguna kepada manusia sebagai sumber makanan, pengangkutan, tempat tinggal dan berbagai keperluan serta ilmu dan kemahiran untuk kehidupan yang sempurna. Ternyata manusia sangat memerlukan Allah disegenap kehidupanya. Dia bersifat wujud yang pastinya wujud sebelum segenap alam ini diciptakan.
Keperluan manusia tidak hanya terbatas kepada keperluan fiikal malah merangkumi keperluan rohani. Hidayah dalah keperluan rohani yang sangat penting dan sebenarnya paling penting kepada manusia kerana hidayah berfungsi sebagai petunjuk jalan bagi memastikan perjalanan hidup seseorang itu berada dilandasan yang betul dan lurus.
Berbalik kepada ayat 213 surah Al Baqarah tadi, adakah kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat petunjuk Allah?? ..Kita sebenarnya perlu sentiasa memohon dengan berdoa pada Allah agar sentiasa diberi petunjuk di sepanjang kehidupan ini seperti yang selalu kita pohon dalam setiap rakaat dalam solat iaitu surah Al fatihah ayat 6, " Tunjukilah kami jalan yang lurus"!
Akal manusia yang terbatas, membatasi fikirannya untuk mengetahui akan kisah yang berlaku dimasa hadapan tentang hidupnya. Bahkan dia tidak mengetahui apakah perkara yang terbaik yang harus dilakukan dalam kehidupannya sendiri. Sebagai manusia yang selalu menginginkan kehidupan yang selesa, tenang dan sempurna, kita selalu merancang perkara yang dirasakan terbaik dan bermanfaat untuk menyampaikan tujuan dan maksud kepada kehidupan yang lebih sempurna. Namun, kadang kadang dan mungkin selalunya kita dipertemukan dengan kegagalan, kekecewaan atas rancangan dan perbuatan yang dirasakan benar itu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia yang diciptakanNYA. Justeru itu, manusia sangat memerlukan hidayah dari Allah sebagai petunjuk arah kehidupan dalam mencari kebahagiaan hidup yang diredai NYA.
Manusia yang mendapat hidyah Allah mengetahui bahawa tiada kuasa lain selain daripada kuasa Allah yang menciptakan manusia dan bumi yang didiaminya ini. Namun kita perlu berusaha untuk mendapatkannya kerana kita tidak mengetahui sama ada kita tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah Allah seperti dalam ayat 213 surah Al Baqarah itu tadi kerana Allah memilih orang yang tertentu yang dikehendakiNYA sahaja. Kita perlu berdoa dan berusaha bersungguh sungguh semoga kita termasuk dalam golongan orang orang yang terpilih. InsyaAllah.
Berdoalah kerana, .." Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran... Al baqarah ayat 186.
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..
..kasih manusia sering bermusim
..sayang manusia tiada abadi
..kasih Tuhan tiada bertepi
..kasih Allah kasih abadi
..sayang Tuhan janjiNYA pasti..
No comments:
Post a Comment